Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Kenapa perlu daftar BKM 2022?
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pendaftaran ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada sesiapa yang terlepas daripada menerima bantuan BKM ini. Bagi mana-mana individu yang masih lagi belum ada nama dalam database bantuan kerajaan, anda perlu ambil peluang ini.Berapa jumlah bantuan BKM 2022 ini?
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lagi, lebih 9.6 juta penerima bantuan akan mendapat bantuan yang berjumlah 8.2 bilion. Jumlah baru BKM ini lebih tinggi daripada bantuan BPR yang diberikan pada tahun 2021.Siapa yang layak automatik untuk Bantuan Keluarga Malaysia 2022 ini?
Ini adalah satu berita baik. Pasti ada pemohon BPR dan BKC yang mendapat status tidak lulus atas alasan menerima GKP pada tahun lalu. Jadi, mana-mana individu yang tidak lulus atas alasa menerima Geran Khas Prihatin, permohonan anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM. Namun, layak bukan bermakna lulus. Permohonan tersebut masih lagi perlu disemak silang atau cross check mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peluang diberikan. Lulus atau tidak itu perkara kedua.Data apa lagi yang akan dibawa ke dalam BKM?
Ada pelbagai data dari agensi kerajaan akan dibawa masuk ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia untuk disemak silang bagi membolehkan anda daftar BKM dengan lebih mudah. Ini adalah penting bagi pihak kerajaan untuk menyemak pemohon sedia ada yang telah menerima pelbagai bantuan lain. Antaranya, BKM akan menggunakan data daripada e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam, penghuni Perojek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan juga data daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain itu, data yang akan disemak silang adalah kelayakan Orang Asli yang akan diambil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Tidak dilupakan, orang homeless atau gelandangan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DKBL) akan diberikan bantuan juga. Bukan itu sahaja, bantuan BKM 2022 ini lebih meluas. Ibu tunggal yang berdaftar dengan KPWKM juga boleh memohon. Terakhir, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan penerima zakat atau Baitulmal di Selangor dan Kuala Lumpur juga layak untuk membuat permohonan bantuan BKM ini. Orang bujang jangan risau, masih lagi ada bantuan BKM untuk orang bujang.Macam mana nak daftar BKM?
Sekiranya anda adalah salah seorang individu yang layak, anda boleh buat permohonan melalui laman web rasmi BKM. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:- Layari laman web https://bkm.hasil.gov.my
- Klik butang Permohonan Baharu di bahagian bawah skrin
- Masukkan Maklumat Pemohon seperti dipinta
- Sertakan Dokumen Sokongan seperti dipinta
- Sila buat Pengesahan
- Akhir sekali, Hantar permohonan tersebut
- Selesai